Categories
Keluarga Kesihatan

Berhujung Minggu Bersama Keluarga Di Kejohanan Taekwondo 1st MBV

Hujung minggu lepas kami habiskan masa bersama dengan berkampung di Dewan Serbaguna Damai, Kota Kinabalu. Anak-anak turut menyertai kejohanan taekwondo iaitu 1st MBV Invitational Taekwondo Sabah Championship 2016.

Anak-anak mewakili kelab mereka MBV Tuaran.

1st MBV Invitational Taekwondo Sabah 2016 (4)
Anak-anak memanaskan badan

Acara yang berlangsung selama tiga hari sedikit sebanyak memberi pengalaman baru kepada anak-anak. Amyra, Mikail dan Hannah teruja untuk ‘berlawan’ di gelanggang.

Mikail masih belum mencapai tahap sebenar dan bersedia untuk berlawan. Dia masih terbawa-bawa sikap tidak bersedia dan akhirnya tewas pada peringkat awal. Namun, dia menerima kekalahan tersebut dan berazam akan menyertai lagi kejohanan tersebut pada masa akan datang.

Hannah pula memenangi pingat gangsa dan dia masih di antara peserta yang termuda. Walaupun kecil, namunĀ  semangatnya tetap besar.

Amyra pula seperti yang diramal menjuarai kategori Kyorugi Female -Welter. Kemenangan yang bergaya dengan mata 16 berbalas 0.

Amyra dan Hannah amat gembira kerana mendapat pingat kemenangan.

1st MBV Invitational Taekwondo Sabah 2016 (3)
Hannah (Kategori Fin) & Amyra (Kategori Welter)

Selepas tamat acara, anak-anak minta belanja KFC. Mereka gembira , saya dan isteri turut gembira. Hujung minggu kami penuh makna kerana dapat diluang masa bersama-sama.

1st MBV Invitational Taekwondo Sabah 2016 (2)
Kami gembira.
Categories
Keluarga Kesihatan

Penyertaan Kali Ke-2 Anak-Anak Di Kejohanan Taekwondo Sabah 2015

Kejohanan Taekwondo Remaja Dan Terbuka Sabah 2015 Di Ranau

Dalam artikel sebelum ini saya ada kongsikan pembelian barang kelengkapan Taekwondo untuk anak-anak. Pada 17 Disember 2015 yang lepas, kami sekeluarga ke Ranau semula untuk kali kedua.

Kali ini, Amyra, Mikail dan Hannah menyertai kejohanan ini. Bagi Mikail dan Hannah, ini adalah kejohanan pertama yang mereka sertai dan lebih kepada ‘sesi pengenalan’ ke peringkat yang lebih tinggi.

Amyra pula ini adalah penyertaan kali kedua dia selepas tewas pada kejohanan yang pertama di lokasi yang sama Kompleks Sukan Ranau pertengahan tahun 2015 yang lepas.

Pada kejohanan kali ini, Mikail dan Hannah tewas pada peringkat awal manakala Amyra menebus kekecewaannya dengan memenangi Pingat Emas acara Kyorugi 9-11 tahun.

Berbaloi mereka berlatih dengan keberanian mereka menyertai kejohanan ini. Secara keseluruhannya kejohanan ini dijuarai oleh Pasukan MBV (Master Barry Voon).

Mendengar pesanan dan tunjuk ajar dari Coach Joseph Kung (MBV Tuaran)
Mendengar pesanan dan tunjuk ajar dari Coach Joseph Kung (MBV Tuaran)
Hannah dan Anyra bersedia untuk acara Kyorugi
Hannah dan Amyra bersedia untuk acara Kyorugi
Sesi memanaskan badan sebelum berlawan
Sesi memanaskan badan sebelum berlawan
Bergambar di Kundasang
Bergambar di Kundasang

Gambar-gambar lain boleh dilihat di Facebook dan Instagram saya.