Categories
Keluarga

Cepatnya Masa Berlalu, Anak-Anak Kian Membesar

Salam sejahtera rakan semua,

Lihat sahaja ‘gambar comel’ permata hatiku. Hati yang gundah menjadi ceria. Merekalah pengubat laraku.

Tak terasa mereka dah kian membesar.

Amyra menghampiri 5 tahun, Mikail pula 2 tahun dan Hannah akan berusia 1 tahun bulan April tahun ni.

Pada usia begini, ‘kenakalan’ mereka amat menguji kesabaran aku dan isteri. Kadang-kadang terlanjur juga jari ini mencubit dan berlaku penyesalan pada kami selepas melihat anak-anak menangis.

Aku berdoa, agar anak-anakku sentiasa mendapat keberkatan hidup dan dikurniakan kepandaian.

Tiba masanya aku dan isteri ‘mencorak’ mereka seperti apa yang telah kami rancang.

Semoga semuanya berjalan lancar.

Amin..

Categories
Gambar Keluarga

Seronok Buat Vandalisme Tepi Pantai. Korang Pernah Buat Tak?

Salam Rakan Blogger..

Selamat berhujung minggu. Apa plan korang hari ni? Aku baru balik dari bermain dengan anak-anak di tepi pantai. Plan asalnya nak joging. Tapi tak jadi pulak. Baik main kejar-kejar dan main mola dengan anak-anak. Peluh pun keluar juga.

Mungkin tajuk entri kali ni agak kontroversi. Namun itulah hakikatnya. Vandalisme di tepi pantai. Namun.. vandalisme ni bukan yang tak baik.. cuma konsepnya sama dengan vandalisme yang biasa kita tengok iaitu menconteng!

Menconteng Pantai!

Memang seronok menconteng pantai. Aku tadi nak buat entri dengan cara ni, namun keadaan tak mengizinkan. Hero kami, Maikail yang pantang melihat apa aku conteng di pantai.. dia nak conteng juga.

 

Nak menulis ‘selamat pagi’ pun bukan main susah. Mikail pasti nak conteng juga.

 

Sand Artblogging tu.. aku saja memandai buat cara baru blogging. Cuma tu sahaja yang mampu aku tulis dan Mikail terus terjah hasil karya aku.

 

Amyra & Mikail memang gabungan yang mantap! Amyra juga tak melepaskan peluang membuat contengan di atas pasir.

 

Antara karya Amyra!

 

Mikail memang leka bermain pasir. Aku panggil suruh posing.. dia buat tak tahu jer.

 

Jemu menconteng, Mikail buka sandal dan main pasir. Memang jenis yang tak tahu takut/geli dengan kotor. Amyra pula memang tak mahu buka selipar. Geli katanya.

 

Sebelum balik sempat ajak Hannah bermain dan ambil gambar diorang ni semua. Happy melihat diorang..

 

Mikail tak nak pakai sandal sudah..

 

Pose comel Hannah!!

 

Amyra pun tak nak lepas peluang. Buat pose MODEL dia tu..

Minggu depan aku dah janji nak ajak diorang ni jalan-jalan lagi. Seronok hati bila melihat anak-anak seronok!!

Categories
Keluarga

Hannah Dah Tumbuh Gigi Susu

Nacqrisma Hannah..

Inilah nama anak ketiga aku. Semalam cerita mengenai hero keluarga kami, Mikail. Hari ini nak bercerita mengenai Hannah pulak.

Hannah sekarang dah berumur seperti kat atas tu. Gigi Hannah baru kelihatan. Tak seperti Mikail.. usia 5 bulan sahaja Mikail dah tumbuh gigi susu. Aku pernah buat entri mengenai gigi susu Mikail tu. Agak lambat sedikit gigi Hannah tumbuh.. mungkin seperti kakaknya Amyra dulu.

Aku sangat sayangkan gigi susu anak-anak ni. Comelnya mereka apabila senyum dengan gigi susu tu. Gigi dah tumbuh bermakna penjagaan oral seperti gigi dan gusi kena dipertingkatkan.

Jadi aku nak kongsikan artikel penjagaan gigi dan gusi anak-anak ni..

Kepentingan Menjaga Gigi Anak Kecil

Pentingnya Menjaga Kebersihan Gigi & Gusi Anak Kita

Categories
Keluarga

Muhamad Nacqris Mikail.. Hero Keluarga Kami

Salam rakan blogger..

Muhamad Nacqris Mikail..

Itulah nama seorang ‘hero kecik’ untuk keluarga aku! Sekarang usianya menjangkau 2 tahun. Mikail masa ini sangat hyperaktif. Nakalnya sukar nak digambarkan! Kakak & adik sering menjadi mangsa kenakalannya..

Sebagai anak lelaki tunggal.. akulah partnernya bermain bola. Mikail ni sangat suka bola. Mungkin macam aku dulu-dulu. Pantang tengok bola.. terus nak disepaknya!

Mikail anak manja. Pandai menarik perhatian aku dan isteri untuk dimanjakan…

Yang paling syok.. Mikail seorang yang friendly!! Suka untuk berkawan dan suka bermain dengan kawan baru. Setiap nampak kali nampak orang tua pasti dipangggilnya ‘nenek’. Masa berhenti di lampu isyarat.. orang dalam kereta sebelah boleh tersenyum melihat gelagatnya melambaikan tangan.

Kami sekeluarga sayangkan Mikail!!

Categories
Keluarga

Tuxedo Mikail Untuk Krismas Tahun Ini

Salam rakan blogger..

Sabtu.. Lebih 12 jam masa di luangkan hari ini untuk jalan-jalan bersama isteri dan adik ipar aku. Banyak juga aktiviti yang kami buat. Makan-makan, shopping (sempat rembat beberapa barang yang aku idamkan), tonton wayang (filem hantu kak limah tu.. bagi aku K.O filem tu) dan ronda-ronda ke Suria Sabah dan Megalong Mall Penampang.

Isteri aku pula teruja untuk membeli tuxedo yang telah dihajatinya. Dah lama dia berhajat nak beli tuxedo tu untuk hero kami. Aku pulak tak berapa setuju kerana saiznya aku tak pasti kerana badan Mikail cepat membesar. Aku plan nak beli tuxedo ni kat Sarawak saja. Namun, naluri isteri aku terlalu kuat dan kami pun beli tuxedo idaman tu. Pasti Mikail hensem bila pakai tuxedo ni!! Tuxedo ni sebenarnya untuk sambutan Krismas nanti.

Keluarga kami keluarga campuran Melayu (aku) dan Iban (isteri). Bermakna, perayaan seperti Hari Raya & Hari Krismas kami sambut bersama. Percampuran budaya 1Malaysia ni banyak mengajar erti perpaduan dan toleransi antara agama & bangsa.

Tak sabar nak balik kampung jumpa hero (Mikail) dan heroin-heroin (Amyra & Hannah) aku kat kampung! Rindu semakin membuak bila dah nak sampai masanya untuk balik ke kampung.

Categories
Gambar Keluarga

Siapa Anak Kecil Yang Diminati Para Gadis?

Salam hujung minggu..

Gambar di atas adalah Mikail, anak ke-2 aku. Mikail sungguh bertuah kerana diminati ramai terutamanya gadis-gadis dan para wanita di luar sana.

Antara daya penariknya adalah;

  1. Cute
  2. Putih
  3. Bulu Mata Panjang
  4. Senyuman Yang Menawan..
Categories
Keluarga Kesihatan

Anak ke 3, Lelaki ke Perempuan?

Menjadi persoalan. Selalu bermain di minda sejak akhir-akhir ni. Aku tak kisahlah.. Asalkan anak yang bakal dilahirkan isteri aku nanti sihat walafiat.. Serah saja kepada Yang Esa.

Aku baru-baru ni belajar jugak dengan isteri macm manalah nak tahu perkembangan kandungan secara terperinci. Lantas, isteri aku menunjukkan 1 laman web kehamilan. Bagus untuk bakal ibu dan bakal bapa. Di laman web ini, kita tahu isteri kita hamil dah berapa minggu, hari.. Yang penting juga, kena tahu due date isteri akan bersalin bila.

pregnology2

Wah.. Hebatnya isteri aku. Aku sebelum ni cuma tahu bila ada appointment doktor, due date.. tu jer. Sekarang aku dah expert sikit.

Mengenang kembali kehamilan pertama isteri aku, kami kumpulkan banyak artikel kehamilan sehingga aku hasilkan sebuah blog kehamilan sebagai rujukan kami dan sesiapa sahaja yang memerlukan.

LOGOBiH

Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan tahniah kepada isteri aku kerana menjaga makan minum aku dan anak-anak selama ini. Mama memang ‘The Best!’

Dan tahniah sekali lagi di atas kejayaan membina sebuah kedai online.

bannerKOM

Categories
Gambar Keluarga

Makanan Pertama Mikail & Gaya Rambut Baru Amyra

DSC 5361

Mammam… itulah perkataan lain bagi ‘makan’ dalam bahasa anak aku yang masih kecil. Mikail sekarang dah mula makan Bijirin Bayi Jenis Beras (Stage 1) sesuai dengan usianya 6 bulan. Pertama kali makan, memang dia kurang pandai. Tetapi selepas 2-3 kali, dia pandai dan makan dengan berselera sekali. Seronok melihat telatahnya… Berbaloi kerana rezeki yang aku dapatkan dengan bekerja dapat disalurkan kepada anak & isteri. Walaupun tak semewah yang diharapkan.. kira bersyukur kerana masih dilimpahkan rezeki oleh Allah S.W.T

DSC 5362 DSC 5363

Categories
Gambar Keluarga

Aksi Mikail Di Animasikan

mikailkuat11DSC 2479DSC 2479a

Banyak lagi grafik yang aku dah buat. Nanti aku publish. Pasti ada yang tertanya.. apakah perisian yang aku gunakan..

Update! 8/10/2009

Software ini dalam bahasa CINA/TAIWAN/JEPUN(aku pun tak sure bahasa apa). Tapi senang nak guna. Main tekan jer..Ni dia software tu boleh download dari laman webnya di http://percuma.cc/51 atau terus ke ‘installer’nya di http://percuma.cc/52

Tutorial.. aku mmg tak pandai nak buat. Dulu aku mula-mula guna software ini pun.. try & error. Selamat mencuba.

xiuxiu

Categories
Gambar Keluarga Umum

Aku & Keluargaku Di Hujung Minggu

DSC 4859

Hari ini hari Ahad. Seperti kebiasaan cuti hujung minggu aku habiskan dengan keluar makan angin dengan famili di tepi laut, di shopping complex. Tapi hari ini, aku nak habiskan masa hujung minggu dengan famili di rumah sahaja. Dah lebih 24 jam aku tak keluar rumah sejak pukul 6 petang semalam. Semalam dah keluar ke supermarket

Asyik jugak melayan karenah anak-anak. Amyra lain hal, Mikail lain hal.

DSC 4848 DSC 4849DSC 4850 DSC 4853

Mikail dah pandai memegang botol susunya. Sekarang dah suka minum air suam selain susunya. Makan bubur pun dah pandai.

DSC 4846 DSC 4847DSC 4857 DSC 4855

Amyra pulak hari ni asyik tonton cerita kartun di #613. Memang dia yang conquer tv. Aku malas nak mengacau. Bila aku pegang kamera, pasti dia mintak ‘shoot’.

Aku dan isteri sibuk melayan facebook, blog dan emel. Aku lebih banyak membuat blogwalking kat blog kawan-kawan. Isteri pulak, macam biasa melayan ikan di akuariumnya..

DSC 4891 DSC 4894

Hari ini aku berselera makan masakan isteri aku. Walaupun tak seberapa menunya, namun berjaya membuatkan aku menghabiskan nasi di peruk.. korang tekalah berapa pinggan nasi yang aku makan?

DSC 4832

Menunya;

  • Sambal belacan berlimau
  • Ikan terubuk masak steam (dari Sarawak)
  • Ayam goreng tepung
  • Sayur bayam
  • Telur goreng

Pastinya minggu depan aku akan habiskan masa dengan anak & isteri aku.