Categories
Blog

Menghidupkan Semula Trafik Blog Yang Kurang

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dalam arena blogging.

Saya mula aktif blogging sejak tahun 2007 dengan menggunakan platform blogspot dan berubah kepada WordPress setahun kemudian. Saya mempunyai beberapa buah blog yang terdiri dari blog niche peribadi, pelancongan, perniagaan, direktori homestay dan beberapa lagi.

Saya dulu agak agresif blogging. Pendek kata saya ‘addicted’ untuk menaip dan berkongsi cerita di blog. Mungkin juga dulu penggunaan media sosial agak kurang berbanding sekarang. Menulis di blog pilihan saya ketika itu.

Namun sekarang, jika mahu berkongsi cerita cukup mudah dengan memuat naikkan gambar atau status di ‘wall’ Facebook atau Instagram. Sudah sememangnya ‘feel’ berkongsi cerita di blog dan media sosial berbeza.

Dulu, bila sudah dibina rangkaian blog dengan rakan blogger yang lain, secara tidak langsung rakan maya bertambah dan blog semakin dikenali. Trafik ke blog datang mencurah-curah kerana masing-masing dengan minat yang sama bertukar-tukar pendapat serta melawat blog rakan blogger yang lain (blogwalking).

Saya fokuskan kepada blog utama saya My.Mustaffa yang ber’niche’kan  pelancongan, makanan, fotografi di Sabah dan Sarawak.

Theme WordPress Mesra SEO 2
Trafik tahun 2011 – Pageviews mencecah 40k sebulan.

Mungkin trafik di atas tidak sehebat blog anda. Bagi saya ianya cukup memadai dengan keupayaannya menjana pendapatan sampingan. Saya pernah membeli beberapa barang hasil dari blogging termasuk mesin basuh LG (sekarang sudah rosak kerana masalah PCB kerana berlaku litar pintas).

Artikel berkaitan pendapatan dari blog boleh lihat di sini.

Theme WordPress Mesra SEO
Trafik semasa – dalam proses menambah trafik.

Cara Menambah Trafik Ke Blog

Sejujurnya, saya dalam proses menambah trafik ke blog. Kalau boleh saya mahu trafik blog lebih meningkat naik berbanding dari setahun ke belakangan ini.

Dalam masa seminggu bereksperimen dan nampaknya ada petanda positif. Jika diteruskan, blog saya boleh ‘hidup’ semula.

Jadi, saya menggunakan beberapa solusi yang biasa anda buat juga seperti;

Blogwalking.

Memandangkan blog rakan blogger yang dulu-dulu tidak wujud lagi, saya membina rangkaian baru dengan blogger baru dengan melawat blog mereka dan meninggalkan komen.

Menambah kandungan blog.

Saya menghasilkan 2 artikel sehari. Sebelum ini, artikel ini biasanya saya drafkan sahaja berkurun lamanya. Draf sehingga lupa diterbitkan.

Inshaallah akan saya buat sehingga tiada sambungan internet (balik kampung, sambungan internet sememangnya satu dugaan kerana signal lemah).

Kongsikan artikel di group Facebook.

Ping sana, ping sini.. Saya kongsikan artikel di group-group blogger selain mengharapkan trafik organik dari Google Search.

Tukar Theme Blog

Blog saya sebelum ini menggunakan theme Point v2.0.3 keluaran MyThemeShop. Saya sudah seminggu lebih bertukar kepada PointPro v2.0 yang mana lebih mesra SEO dan didatangi dengan beberapa ciri tambahan berbanding theme biasa.

Alhamduillah, blog saya lebih menarik (pada pandangan mata sayalah)..

Anda boleh dapatkan theme tersebut di sini!!

300x250

Sampai Bila Mahu Blogging?

Jawapan saya agak subjektif kerana mood blogging saya sekarang tidak menentu berbanding dulu. Kekangan masa dan ketandusan idea juga faktor utama menhalang sebuah artikel baru diterbitkan.

Inshaallah, saya akan blogging sampai bila-bila selagi ada duit untuk perbaharui yuran domain dan hosting. 🙂

Categories
Blog

Selepas Hampir 3 Tahun 4 Bulan Tak Cashout Nuffnang

Currency, Computer, Electronic Banking.
Currency, Computer, Electronic Banking. | Copyright: Vector Image by StockUnlimited

Bila menyebut soal pendapatan dari blog, memang saya akui pernah melalui zaman ‘mewah’ hasil dari blog. Nafsu untuk blogging memang kuat. Sehari tak menulis entri baru gelisah dibuatnya.

Namun, itu dulu..

Sekarang, situasinya berbeza.

Saya agak jarang blogging dan fokus lebih kepada kerja hakiki. Masa-masa terluang digunakan untuk bersama anak-anak dan isteri. Blog-blog yang saya ada hampir dilupakan dan jarang sekali ditambah entri baru.

Dulu, saya memang teruja untuk blogging. Mungkin disebabkan media sosial belum meluas penggunaannya ketika itu. Semuanya dikongsikan di blog. Secara tidak langsung, blog dikunjungi ramai pembaca dan seterusnya memberi peluang kepada saya untuk menjana pendapatan sampingan melalui pengiklanan di blog.

Nuffang antara yang masih saya guna sehingga sekarang. Namun untuk blog ini sahaja. Blog-blog yang lain menggunakan platfom pengiklanan yang lain pula.

Selepas tiga tahun empat bulan..

Pendapatan Sampingan Dengan Internet Blog

Akhirnya saya boleh ‘cash-out‘kan lagi pendapatan sampingan bersama Nuffnang kerana amaun sudah melebihi RM50. Pendapatan dari blog ini agak kurang. Saya lebih fokus berkongsi info dan tidak menghiraukan trafik yang datang.

Memang lucu dan mungkin tidak berbaloi bagi anda. RM50 untuk tempoh tiga tahun. Bagi saya ianya memadai bagi sebuah blog ‘syok sendiri’.

Namun, beberapa blog saya yang lain setakat ini memberikan pendapatan yang baik kerana menjana pendapatan sampingan dalam matawang dollar Amerika (USD) secara konsisten.

Saya bercadang untuk menambah baik kandungan blog ini pada masa akan datang dan ingin mengembalikan zaman ‘mewah’ hasil dari blog.

 

Categories
Blog Keluarga

Pecah Rekod Pendapatan Empat Angka Dari Blog

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Misi 1K saya dan isteri bagi pendapatan melalui blog sudah tercapai pada bulan Mac yang berakhir semalam. Nilai yang dicapai lebih baik dari apa yang dijangkakan.

Saya mula mengajar isteri (seorang suri rumah) ilmu blogging yang saya tahu. Dia pun dah semakin minat dan cepat belajar.

Bulan Mac lepas memberi kekuatan kepada kami untuk terus bertahan merempuh dunia internet yang banyak persaingannya. Dropship dan affiliates juga memberi pulangan yang memberansangkan.

Kami banyak mengambil peluang dengan menggunakan Facebook dan Twitter bagi tujuan pemasaran terutamanya dropship.

Nampaknya kerjaya sebagai blogger akan menjadi titik permulaan kepada kami menceburkan diri dalam dunia pengiklanan dan pemasaran di internet dengan lebih serius.

Rajin berusaha pasti berjaya!!

Posted from WordPress for Android