Categories
Keluarga

Pilihan Bersalin Normal Atau Pembedahan

Alhamdulillah,

Isteri saya baru sahaja melahirkan anak kami yang ke-5. Segalanya dipermudahkan Allah SWT. Kami mendapat beberapa perkhabaran gembira sepanjang tempoh kelahiran anak kami ini. Syukur ya Allah..

Bersalin Normal Atau Pembedahan?

Jika ada pilihan, isteri akan memilih bersalin secara normal. Saya pun boleh masuk ke dewan bersalin semasa isteri melahirkan anak.

Namun, proses kelahiran kali ini lebih sukar┬ákerana isteri terpaksa bersalin secara bedah ‘ceaser’. Tempoh di dalam dewan bersalin agak lama sebelum doktor memutuskan untuk proses ‘ceaser’.

Saya sendiri memang agak sukar menerima hakikat isteri perlu dibedah kerana 4 orang anak sebelum ini dilahirkan secara normal.