Categories
Info Emas

Bantuan Kerajaan RM500 Yang Diselamatkan Nilainya

Alhamdulilah,

Kerajaan Malaysia masih prihatin kepada para penjawat awam seperti saya. Bantuan kerajaan yang lebih popular dipanggil bonus RM500 telah diterima beberapa hari lepas. Besar nilai RM500 tersebut kepada saya dan keluarga.

Pada permulaan, saya bercadang untuk membelanjakan bantuan tersebut untuk membeli barangan keperluan anak-anak seperti pakaian raya dan duit raya mereka.

Terima Bayaran Dari Lazada

Memandangkan rezeki dari perniagaan The Borneo Store dibayar oleh Lazada, jadi perbelanjaan raya anak-anak menggunakan hasil perniagaan ini.

Categories
Perniagaan

The Borneo Store – Web Jual Beli Produk Tempatan Sabah Sarawak

Laman beli-belah atas talian The Borneo Store (TBS) merupakan projek web yang sudah lama saya rancang. Rasanya sudah hampir 2 tahun  sebelum ianya saya realisasikan secara maya dan nyata.

Berpadanan dengan menggunakan nama Borneo, web jualan ini fokus kepada menjual produk tempatan Sabah dan Sarawak sahaja ketika ini. Belum lagi melebarkan sayap ke negara jiran seperti Brunei dan Kalimantan, Indonesia.

Saya menawarkan produk yang sudah ada nama dipersada dunia seperti Kopi Tenom (paling laku) ketika ini.

Kopi Tenom & Teh Sabah
Antara Produk Popular Kopi Tenom & Teh Sabah

Di samping itu, saya ada memasarkan produk makanan tradisional seperti jeruk tuhau, ikan beliking bagi negeri Sabah.