– Tulisan jawi Amyra (Darjah 3)
Salam sejahtera.
Apa sahaja yang kita mahir jika jarang dibuat pasti akan luntur jua kemahiran tersebut. Begitu juga dengan kemahiran membaca tulisan jawi yang semasa sekolah dulu-dulu memang lancar dan fasih.
Namun sekarang bila anak-anak bertanya mengenai tulisan jawi samaada menulis atau membacanya umpama kanak-kanak tabika yang baru mengenal huruf. Setelah melatih semula membaca dan menulis jawi, sedikit sebanyak ilmu yang dipelajari di sekolah dulu berjaya dikembalikan semula.
Bagi yang mengalami kemusykilan dalam tulisan jawi dan memerlukan terjemahan rumi ke jawi atau sebaliknya, bolehlah merujuk pada laman web terjemahan berikut;
- Ejawi Transliteration Software Online
- TERUJA: TranslitERasi RUmi JAwi
Namun kena ingat, ketepatan ejaan jawi yang dihasilkan mungkin berbeza dengan ejaan sebenar. Ianya bergantung kepada ejaan rumi yang kita masukkan.
Baguslah ada bantuan seperti ini. Kita yang lama tidak membaca Jawi akan berkarat.
ye bro.. kena belajar semula ilmu jawi ni..
dah lama tak menulis dalam tulisan jawi, takut terlupa.
memang kena sesekali tulis dan baca untuk elak terlupa
wah bagus tu..selepas ini kita tulis blog dalam bahasa jawi pula..
satu kerja juga yang tak pandai membacanya guna translator ni
Syabas dan Tahniah
salam tn.
ada 1 website yg agak menarik ttg rumi ke jawi
http://rumijawi.thats.im
tq atas perkongsian