Cuti sekolah baru bermula. Dalam entri lepas, anak-anak saya ada mengajak ke Legoland di Johor. Macam kebetulan pula saya ada menerima voucher ke Legoland setelah membeli beberapa peralatan kamera.
Kalau diberi voucher potongan harga seperti gambar mestilah semua orang mahu.
Namun tidak seronoknya, voucher yang diberi sudah tamat tempoh dua bulan yang lepas. Samaada mereka sengaja atau tidak sengaja, itu saya tidak tahu.
Tidak apalah, saya akan membawa mereka ke sana juga suatu masa nanti.
Posted from Samsung S3
Mungkin diorang tersilap kot… memang tak best kalau terjadi macam ni…
Rasanya bro boleh adukan kepada penganjur mungkin ada kesilapan.