Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dalam arena blogging.
Saya mula aktif blogging sejak tahun 2007 dengan menggunakan platform blogspot dan berubah kepada WordPress setahun kemudian. Saya mempunyai beberapa buah blog yang terdiri dari blog niche peribadi, pelancongan, perniagaan, direktori homestay dan beberapa lagi.
Saya dulu agak agresif blogging. Pendek kata saya ‘addicted’ untuk menaip dan berkongsi cerita di blog. Mungkin juga dulu penggunaan media sosial agak kurang berbanding sekarang. Menulis di blog pilihan saya ketika itu.
Namun sekarang, jika mahu berkongsi cerita cukup mudah dengan memuat naikkan gambar atau status di ‘wall’ Facebook atau Instagram. Sudah sememangnya ‘feel’ berkongsi cerita di blog dan media sosial berbeza.
Dulu, bila sudah dibina rangkaian blog dengan rakan blogger yang lain, secara tidak langsung rakan maya bertambah dan blog semakin dikenali. Trafik ke blog datang mencurah-curah kerana masing-masing dengan minat yang sama bertukar-tukar pendapat serta melawat blog rakan blogger yang lain (blogwalking).
Saya fokuskan kepada blog utama saya My.Mustaffa yang ber’niche’kan pelancongan, makanan, fotografi di Sabah dan Sarawak.

Mungkin trafik di atas tidak sehebat blog anda. Bagi saya ianya cukup memadai dengan keupayaannya menjana pendapatan sampingan. Saya pernah membeli beberapa barang hasil dari blogging termasuk mesin basuh LG (sekarang sudah rosak kerana masalah PCB kerana berlaku litar pintas).
Artikel berkaitan pendapatan dari blog boleh lihat di sini.

Cara Menambah Trafik Ke Blog
Sejujurnya, saya dalam proses menambah trafik ke blog. Kalau boleh saya mahu trafik blog lebih meningkat naik berbanding dari setahun ke belakangan ini.
Dalam masa seminggu bereksperimen dan nampaknya ada petanda positif. Jika diteruskan, blog saya boleh ‘hidup’ semula.
Jadi, saya menggunakan beberapa solusi yang biasa anda buat juga seperti;
Blogwalking.
Memandangkan blog rakan blogger yang dulu-dulu tidak wujud lagi, saya membina rangkaian baru dengan blogger baru dengan melawat blog mereka dan meninggalkan komen.
Menambah kandungan blog.
Saya menghasilkan 2 artikel sehari. Sebelum ini, artikel ini biasanya saya drafkan sahaja berkurun lamanya. Draf sehingga lupa diterbitkan.
Inshaallah akan saya buat sehingga tiada sambungan internet (balik kampung, sambungan internet sememangnya satu dugaan kerana signal lemah).
Kongsikan artikel di group Facebook.
Ping sana, ping sini.. Saya kongsikan artikel di group-group blogger selain mengharapkan trafik organik dari Google Search.
Tukar Theme Blog
Blog saya sebelum ini menggunakan theme Point v2.0.3 keluaran MyThemeShop. Saya sudah seminggu lebih bertukar kepada PointPro v2.0 yang mana lebih mesra SEO dan didatangi dengan beberapa ciri tambahan berbanding theme biasa.
Alhamduillah, blog saya lebih menarik (pada pandangan mata sayalah)..
Anda boleh dapatkan theme tersebut di sini!!
Sampai Bila Mahu Blogging?
Jawapan saya agak subjektif kerana mood blogging saya sekarang tidak menentu berbanding dulu. Kekangan masa dan ketandusan idea juga faktor utama menhalang sebuah artikel baru diterbitkan.
Inshaallah, saya akan blogging sampai bila-bila selagi ada duit untuk perbaharui yuran domain dan hosting. 🙂
Memang pening nak naik trafik blog ini.
benar sekali bro
Bagus betul info niee..
blogwalking dan facebook cara mudah dan terbaik utk naikkan traffik..
Kipidap dan dongibab..
tq
Hebat tu bro, buat 2 artikel sehari. Kami ni, 2 artikel seminggu pun payah mo buat. Teruskan menulis ya, info nya sangat berguna kepada masyarakat. Even org Sabah mcm saya ni pun byk dpt info baru bila baca posting di sini.
Kekangan masa dgn kerja, masa dan komitmen keluarga mmg agak susah sikit nk blogging tp asalkan hidup blog ni…
Teruskan lagi bro!
sayangnya blog satu lagi tu dah mati.
Masih cuba dan terus cuba ..
saya pun kena insaf..dan rajinkan diri untuk blogwalking lebih sikit..kesian kat trafik blog.Perlahan sangat progressnya..