Tutorial Untuk Kanak-Kanak – Mari Belajar Mewarna Bersama Amyra

Salam kawan-kawan sekalian,

Hari ini cukup memenatkan. Pagi tadi ke Hospital Likas untuk menemankan isteri untuk sesi Senaman Antenatal (senaman sebelum bersalin). Aku pun ikut sama bersenam. Banyak pengalaman aku dapat. Walaupun isteri mengandung anak ke-3, ini kali pertama mengikuti kelas senaman. Hubungi hospital yang berhampiran untuk mengetahui program ini dengan lebih lanjut..

Berbalik kepada tajuk entri,

Selesai dari sesi senaman, isteri aku membeli set lukisan untuk Amyra. Ini adalah kali pertama Amyra melukis dan mewarna dengan ‘water colour’..

Hari ini ajar warna petak-petak. Esok, tak tahu lagi..

dan Amyra tersenyum dengan hasilnya..

p/s: hasil kerja anak kecil yang berumur 3 tahun ++ .. biasalah tu!

UPDATED: 11/10/2011

Anda boleh terus ke halaman ini untuk mewarna secara digital dan menjimatkan kos. Mari Mewarna

Contoh mewarna cara digital;

9 Comments on “Tutorial Untuk Kanak-Kanak – Mari Belajar Mewarna Bersama Amyra”

  1. alololo so cute lah amyra nie…anak2 yan x penah lg kasik water colour nie, bagi pensil warna biasa je,,,tu pun penuh dinding diorg lukis..haha, tp seronok tgk imaginasi diorg mcm mana berkembang.

    mcm sekarang ank2 yan addicted dgn lego (blocks) macam2 diorg buat..makbapak diorg pun tak terfikir nak buat macam diorg buat tu..siap leh jdi kapal terbang, kereta, robot..hahaha…kelakar betul…

    1. pernah bagi pensel warna..
      tak sampai 1 hari habis dia asah dengan pengasah pensel..
      mmg tak patut aku ajar dia asah pensel dulu..

  2. Untuk hasil kerja si comel yang baru berumur 3 tahun – hasil kerjanya memang kemas. Memang berbakat budak ni ging.

    p/s.. comel betul Amyra tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.