Tuxedo Mikail Untuk Krismas Tahun Ini

Salam rakan blogger..

Sabtu.. Lebih 12 jam masa di luangkan hari ini untuk jalan-jalan bersama isteri dan adik ipar aku. Banyak juga aktiviti yang kami buat. Makan-makan, shopping (sempat rembat beberapa barang yang aku idamkan), tonton wayang (filem hantu kak limah tu.. bagi aku K.O filem tu) dan ronda-ronda ke Suria Sabah dan Megalong Mall Penampang.

Isteri aku pula teruja untuk membeli tuxedo yang telah dihajatinya. Dah lama dia berhajat nak beli tuxedo tu untuk hero kami. Aku pulak tak berapa setuju kerana saiznya aku tak pasti kerana badan Mikail cepat membesar. Aku plan nak beli tuxedo ni kat Sarawak saja. Namun, naluri isteri aku terlalu kuat dan kami pun beli tuxedo idaman tu. Pasti Mikail hensem bila pakai tuxedo ni!! Tuxedo ni sebenarnya untuk sambutan Krismas nanti.

Keluarga kami keluarga campuran Melayu (aku) dan Iban (isteri). Bermakna, perayaan seperti Hari Raya & Hari Krismas kami sambut bersama. Percampuran budaya 1Malaysia ni banyak mengajar erti perpaduan dan toleransi antara agama & bangsa.

Tak sabar nak balik kampung jumpa hero (Mikail) dan heroin-heroin (Amyra & Hannah) aku kat kampung! Rindu semakin membuak bila dah nak sampai masanya untuk balik ke kampung.

14 Comments on “Tuxedo Mikail Untuk Krismas Tahun Ini”

  1. Pingback: Tweets that mention Tuxedo Mikail Untuk Krismas Tahun Ini « my.Mustaffa -- Topsy.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.