Categories
Umum

Untung Pelihara Kambing Yang Tak Perlu Makan, Minum Dan Tidur

image

“Syukurlah kepada Allah Swt kerana berjaya membeli seekor ‘kambing’. Ia tak perlu minum, makan dan tidur.”

Itulah perumpamaan yang saya buat dalam pembelian dan pelaburan emas.

Sudah lama saya tidak membeli emas kerana banyak keperluan lain. Bulan ini dengan adanya sedikit lebihan duit belanja, saya salurkan kepada pembelian emas Public Gold. Selain menyimpan di ASB, emas adalah pilihan pertama saya.

Kerana baki belanja bulanan sedikit, saya memilih untuk membeli emas secara bayaran ansuran empat bulan. Dengan bayaran yaran ansuran empat bulan ini, sekeping dinar emas akan dimiliki. Lagi cepat habis dibayar, maka cepatlah mendapatkan dinar emas tersebut.

Bayaran pengurusan  0.5% dan penghantaran pula cuma RM10. Jumlahnya RM13.

1 Dinar Emas 4.25g berharga RM598 dan ditambah kos pengurusan dan penghantaran menjadikan semuanya RM611.

Bayaran pertama ditambah kos pengurusan iaitu RM155

Manakala bayaran ansuran untuk bulan kedua, ketiga dan keempat masing-masing RM152.

Walaupun ada sedikit duit, peluang menyimpan emas jangan dilepaskan. Ditambah harga emas yang agak turun ketika ini.

Posted from Samsung S3

By Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

9 replies on “Untung Pelihara Kambing Yang Tak Perlu Makan, Minum Dan Tidur”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.