WAJIB BACA: Kronologi Kelahiran Seorang Puteri Raja

 

[tiada gambar untuk kali ini]

 

5.00 pagi
Semuanya bermula..
Isteri mengejutkan aku untuk solat Subuh dan masa yang sama mengadu sakit perut.
Sakit yang membawa makna lain. Sudah pasti due date kebetulan hari ni, aku dah dapat agak apa yang isteri aku rasa.

5.45 pagi
Aku berkemas mengenakan pakaian pejabat. Hari ini aku ada kertas terakhir ujian perkhidmatan awam dan isteri pun turut berkemas juga. Memulakan perjalanan ke Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah (nama lamanya Hospital Likas) atau Bekas Sabah Medical Centre (SMC)..

6.00 pagi
Kami bersarapan sekejap. Isteri aku kata masih OK lagi. Dia kelaparan kerana tak sempat sarapan di rumah tadi. Nasib baik jalan tidak sesak.

6.30 pagi
Kami tiba di hospital dan daftar masuk wad. Isteri aku ditinggalkan di hospital dan aku pula bergerak ke pusat peperiksaan di JKR Kepayan.

7.45 pagi
Aku singgah di Stesen Minyak dan ke mesin ATM mengeluarkan apa yang patut. Sementara itu di hospital, isteri dah masuk dewan bersalin (bilik sebenarnya) dan air ketuban isteri aku sudah keluar..

8.15 pagi
Aku tiba awal di pusat peperiksaan dan membuat sedikit bacaan untuk bekalan semasa ujian.

9.00 pagi
Ujian bermula.. Tempoh masa 3 jam diberikan. Aku tak selesa untuk menjawab. Asyik teringat isteri di hospital. Bertanya pada diri sendiri, sempat ke tidak untuk melihat isteri bersalin.. Program ‘Father Friendly’ yang aku ikut memang banyak memberi pengetahuan tentang kehamilan dan isteri bersalin.

10.30 pagi
Aku dapat menjawab soalan dengan penuh yakin. Aku minta kebenaran untuk keluar awal dari dewan peperiksaan dan terus menuju ke hospital..

11.00 pagi
Singgah di kedai roti untuk membeli sedikit makanan untuk isteri.
Pusing 3 kali untuk mencari tempat letak kereta dan akhirnya aku parking secara haram kerana tempat parking kereta penuh.
Tiba di hospital dan menunggu Jururawat memanggil aku untuk masuk menemani isteri.
Aduh.. Telefon aku kehabisan bateri pulak!!
Buat kali pertamanya di Sabah aku guna telefon awam untuk menelefon keluarga di Sarawak.

11.30 pagi
Jururawat memanggil masuk dan aku berjumpa isteri.

12.40 Tengah hari
Isteri aku memberi reaksi untuk bersalin. Jururawat bersedia untuk proses kelahiran. Aku menenangkan isteri yang kesakitan.
Begitu derita aku melihat isteri aku bersalin. Kesakitan yang tak mampu aku luahkan dengan kata-kata.

1.00 petang
Tangisan keramat memecah suasana dewan bersalin. Aku turut teruja untuk mengetahui jantina bayiku itu. Akhirnya aku melihat bayiku itu adalah perempuan. Aku bersyukur ke hadrat Illahi!!!
Seorang bayi perempuan yang comel beratnya 3.2 kg telah selamat lahir ke dunia..
Isteri aku berehat dan menunggu untuk di pindahkan ke wad biasa.

3.00 petang
Isteri aku dipindahkan ke wad dan aku turun ke kantin membeli sedikit makanan. Pastinya isteri aku kelaparan bertarung nyawa untuk kelahiran ini. Isteri aku diberitahu dijangka discharge esok.

4.15 petang
Aku balik ke rumah untuk membawa plasenta/uri/tembuni balik untuk proses seterusnya.

4.50 petang
Tiba di rumah dan berehat dan menaip entri ini…
Alhamdulillah, Seorang Puteri Raja telah lahir dan secara automatiknya Mikail menjadi abang serta Amyra ada 2 adik yang comel! Nanti aku akan update gambar baby!
Malam ini aku akan memikirkan nama yang akan dicadangkan kepada isteri esok!
Sekalung tinggi penghargaan untuk Kakitangan Hospital kerana layanan yang baik dan perkhidmatan yang cemerlang.

Syukur kehadrat Illahi!!

24 Comments on “WAJIB BACA: Kronologi Kelahiran Seorang Puteri Raja”

  1. tahniah pok.kelak ada gambar ingkah lam blog padah…sik balit moyan gik kah ? mbak baby kelak ?

  2. Tahniah bro atas kelahiran anak ke-3, insyallah rezeki bertambah lepas ni, taknak buat peraduan menamakan nama anak? hehe sekadar cadangan

    1. @Rjuna,
      aku memang tengah mencari nama..
      dah jumpa nama yang agak menarik
      tunggu keputusan isteri lagi.. setuju ke tak..
      asalnya nak buat kontest.. tapi rasanya tak sempat!

    1. @luth textile,
      terima kasih
      mmg tanggungjawab bertambah
      semoga rezeki datang mencurah..
      amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.