Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Sesi persekolahan anak-anak untuk Tahun 2014 sudah menghampiri penghujungnya. Esok adalah hari pendaftaran sekolah bagi Hannah yang akan masuk Tadika JHEAINS Daerah Tuaran tahun depan.
Selain itu, yuran untuk Amyra dan Mikail juga perlu diselesaikan. Yuran meningkat sedikit berbanding tahun sebelumnya.
Semoga anak-anak bersemangat untuk bersekolah tahun hadapan.
Mana lagi best,sekolah di KK atau Tuaran?
Sediakan duit untuk persekolahan anak-anak. 🙂